2010/ Tugasan 3 (3)






COMPRESSION FILE
Pemampatan (compression) bermakna mengurangkan saiz fail data bagi storan dan penghantaran. Nyahpemampatan (decompression) bermakna mengembangkan data yang telah dipadatkan dan menghasilkan semula data asal Pasangan proses ini dikenali sebagai codec (compression/decompression). Secara amnya, codec mengurangkan redundancy in data, maka betapa banyak saiz  fail dapat dikurangkan.
Terdapat dua kaedah Pemampatan utama : loosy dan losless . Lagi satu cara untuk membezakan skema compression/decompression ialah samada ia berdasarkan kaedah sintatik, semantik atau hybrid.

Sintatik
Semantik
Hybrid
* Juga dikenali sebagai pengkodan entropy
* Tidak menganalisa kandungan data
* Data dilihat sebagai satu jujukan simbol

* Mengambilkira ciri-ciri khas sesuatu set data dan menyingkirkan maklumat yang tidak perlu dikod
* Contoh : bagi data audio, nilai amplitud bagi satu frekuensi disimpan dan diguna untuk menjana semula bunyi. Bagi nilai frekuensi yang tidak dapat didengar oleh manusia, adalah tidak perlu untuk merekod nilai amplitudnya kerana jika ia dimainkan semula, manusia tidak dapat mendengarnya dan maka membazir storan menyimpan maklumat tak berguna

* Boleh  gabungkan kedua-dua teknik
* Guna sintatik dahulu dan kemudian semantik











Ringkasan
  • 3 kaedah bagi klasifikasikan kaedah-kaedah Pemampatan adalah berdasarkan samada ia adalah
  • loosy atau losless
  • simetrik atau asimetrik
  • sintatik, semantik atau hybrid 



Pemampatan Imej

Pemampatan video

Pemampatan audio

*Beberapa piawaian
*GIF compression
*TIFF compression
*JPEG compression


Beberapa piawaian
Quicktime and AVI
Digital Video Interactive (DVI)
Motion-JPEG
MPEG
Piawaian px74
2 kaedah utama – spatial compression dan temporal compression
Pemampatan berdasar ruang (spatial compression)
Mengurangkan maklumat yang diperlu bagi mewakili satu bingkai dalam satu bingkai jujukan video
Juga dikenali sebagai intraframe compression dan mengurangkan kaedah Pemampatan imej
Pemampatan berdasarkan masa (temporal compression)
Menyingkirkan data maklumat antara bingkai-bingkai
Juga dikenali sebagai interframe compression
Kaedah Pemampatan biasa yang diguna bagi audio ialah ADPCM (adaptive differential code modulation)
Kaedah quantising maklumat audio yang telah kita bincang dalam topik audio dikenali sebagai kaedah PCM (pulse code modulation)
Dengan ADPCM, amplitud pertama yang disampel disimpan
Bagi amplitud-amplitud seterusnya, hanya nilai perbezaan amplitud semasa dan sebelumnya disimpan kerana nilai perbezaan adalah lebih kecil dari nilai amplitud sebenarnya
Untuk mengurangkan saiz lagi, nilai perbezaan ini boleh dibahagi dengan satu angkatap (coefficient)






      Pilih Fail yang hendak di WinZip


      Klik kanan dan pilih menu WinZip




  
 Pilih menu Add to Zip File.



 

Seterusnya skrin memaparkan menu berikut untuk arah menamakan fail.




            Selepas itu namakan fail seperti yang diarahkan.



 Klik di menu Encrypt Added files.





     Klik add dan akan keluar WinZip Caution dan pilih menu OK.



      Masukkan Password dalam ruang yang disediakan, selepas membuat pilihan ok.
                                                                                                          


 Setelah Password dimasukkan, klik OK.



                                                                                        
Masukkan semula Password untuk confirmation.


                        
Fail yang telah di kecilkan. Tanda *(star) menunjukkan fail tersebut telah dimampatkan dan memerlukan password untuk dibuka.



    Cara membuka fail yang dikawal dengan Password. Tekan my document dan pilih nama fail




 Pilih tajuk yang hendak dilihat.



Arahan untuk masukkan password terpapar.

                                     

Masukkan password dan klik OK



Akhirnya akan terpapar dokumen yang dikehendaki.


 
Winrar

















2010/ Tugasan 3 (2)



ICT AND SECURITY
Peningkatan penggunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam tugasan seharian terutama yang melibatkan aplikasi internet dan emel telah mendedahkan maklumat penting kepada pihak luar. Untuk memastikan maklumat-maklumat penting bebas daripada ancaman yang boleh mengancam keselamatan aset ICT, semua pengguna perlu mematuhi dokumen Tatacara Penggunaan dan Keselamatan ICT seperti yang telah ditetapkan.
            Dalam era ICT masa kini keselamatan maklumat adalah menjadi perkara utama yang harus dielakkan daripada disalahguna oleh orang yang tidak bertanggungjawab Keselamatan ICT merangkumi perlindungan keatas semua bentuk maklumat elektronik bertujuan untuk menjamin kerahsiaan, integriti, kesahihan dan kebolehsediaan kepada semua pengguna yang dibenarkan. Data/ maklumat yang dicuri melalui talian komunikasi data dapat dicegah dengan teknik yang lebih rumit misalnya dengan menggunakan kaedah penyulitan (encryption) dengan meletakkan kata laluan bagi mengelakkan Insiden Keselamatan ICT.


INSIDEN KESELAMATAN ICT

Insiden keselamatan ICT bermaksud musibah (adverse event) yang berlaku ke atas aset ICT atau ancaman kemungkinan berlaku kejadian tersebut. Ia mungkin suatu perbuatan yang melanggar dasar keselamatan ICT samada yang ditetapkan secara tersurat atau tersirat. Jenis insiden dapat dikenalpasti seperti berikut :
(a) Pelanggaran Dasar (Violation of Policy)
(b) Penghalangan Penyampaian Perkhidmatan (Denial of Service)
Ancaman ke atas keselamatan sistem komputer di mana perkhidmatan pemprosesan maklumat sengaja dinafikan terhadap pengguna sistem. Ia melibatkan sebarang tindakan yang menghalang sistem daripada berfungsi secara normal. Termasuk denial of service (DoS), distributed denial of service (DDoS) dan sabotage.
(c) Pencerobohan (Intrusion)
Mengguna dan mengubahsuai ciri-ciri perkakasan, perisian atau mana-mana komponen sesebuah sistem tanpa pengetahuan, arahan atau persetujuan mana-mana pihak. Ia termasuk capaian tanpa kebenaran, pencerobohan laman web, melakukan kerosakan kepada sistem (system tampering), pindaan data (modification of data) dan pindaan kepada konfigurasi sistem.
(d) Pemalsuan (Forgery)
Pemalsuan dan penyamaran identiti yang banyak dilakukan dalam penghantaran mesej melalui emel termasuk penyalahgunaan dan pencurian identiti, pencurian maklumat (information theft/espionage) dan penipuan (hoaxes).
(e) Spam
Spam adalah emel yang dihantar ke akaun emel orang lain yang tidak dikenali penghantar dalam satu masa dan secara berulang-kali (kandungan emel yang sama). Ini menyebabkan kesesakan rangkaian dan tindak balas menjadi perlahan.



(f) Malicious Code
Perkakasan atau perisian yang dimasukkan ke dalam sistem tanpa kebenaran bagi tujuan pencerobohan. Ia melibatkan serangan virus, trojan horse, worm, spyware dan sebagainya.
(g) Harrassment/Threats
Gangguan dan ancaman melalui pelbagai cara iaitu emel dan surat yang bermotif personal dan atas sebab tertentu.
(h) Attempts/Hack Threats/Information Gathering
         Percubaaan (samada gagal atau berjaya) untuk mencapai sistem atau data tanpa kebenaran. Termasuk spoofing, phishing, probing, war driving dan scanning.
(i) Kehilangan Fizikal (Physical Loss)
         Kehilangan capaian dan kegunaan disebabkan kerosakan, kecurian dan kebakaran ke atas aset ICT berpunca dari ancaman pencerobohan.




LANGKAH-LANGKAH 

TUGASAN KUMPULAN
Langkah        1.
1.      Untuk mendapat imej atau portal yang disalin daripada internet seperti yang terpapar di skrin ini mestilah mengikut langkah-langkah berikut :
i)        Tekan ‘keypad’ Ctrl + Print Screen.






ii)       Kemudian buka fail Microsoft Word, tekan butang Ctrl + v untuk paparan imej tersebut di atas lembaran fail. Imej akan terpapar.










Langkah        2
1.      Setelah selesai langkah 1, untuk simpan dokumen dalam fail yang dianggap penting untuk dikawal, hendaklah dibuat kunci keselamatan.  Bagi membuat kunci keselamatan sila ikut arahan seterusnya.
a)     Klik office button dan klik save.



b)        Klik tool dan klik general option




1.      Setelah page general options keluar sila masukkan katakunci di ruangan yang disediakan. Kemudian klik ok  dan save.



Masukkan password
 

                      

langkah 3
1.      Setelah semua langkah selesai, maka siaplah satu fail yang mempunyai katakunci. Fail tersebut telah di simpan ke dalam folder dan kedudukan fail tersebut selamat. Tidak boleh dibuka tanpa katakunci yang betul.