2010/ Tugasan 4(4)

5 enjin pencarian ikon untuk laman web anda
Submitted by masa2 on Mon, 05/26/2008 - 03:00

Ikon adalah merupakan bahagian terpenting di dalam membina satu-satu antaramuka sama ada untuk laman web mahupun untuk komputer anda. Ikon adalah merupakan hasil karya seni kecil, namun untuk membinanya sendiri adalah sangat rumit.

Terdapat banyak ikon yang diterbitkan secara percuma yang boleh anda muat turun dari internet. Namun begitu, untuk mencari ikon yang sesuai memerlukan masa dan pencarian berterusan. Kini terdapat enjin pencarian yang dikhususkan untuk mencari ikon yang boleh anda gunakan. Berikut adalah antara enjin pencarian yang wujud.

iconfinder_400iconfinder_400

Iconfinder.net: Salah satu daripada enjin pencarian icon yang paling komprehensif. Fungsi navigasi AJAX yang digunakan di laman web ini memudahkan anda untuk pergi dari satu ikon ke ikon yang lain. Setiap ikon yang di dalam hasil pencarian lengkap dengan tag, pautan untuk muat turun dan maklumat mengenai lesen penggunaan ikon tersebut. Tidak perlu untuk pergi ke beberapa halaman sebelum anda boleh memuat turun ikon yang dikehendaki. Hanya klik pautan muat turun, dan ikon tersebut akan dimuat turun ke komputer anda. Kebanyakkan ikon yang dipaparkan amat cantik dan sesuai untuk digunakan bagi mereka yang berminat untuk membina laman web 2.0.

iconlet_400iconlet_400Iconlet.com: Satu lagi enjin pencarian ikon. Pencarian ikon di laman web ini akan menghasilkan banyak ikon berbanding enjin pencarian yang lain, namun begitu ianya agak tidak kemas tersusun di dalam kategori tertentu. Ikon yang dijana hasil pencarian agak lama dan ketinggalan zaman, namun masih lagi boleh digunakan. Maklumat lesen penggunaan terdapat di dalam halaman yang berbeza.

iconlook_400iconlook_400Iconlook.com: Merupakan pendatang baru di dalam dunia enjin pencarian ikon. Masih lagi di peringkat beta namun boleh digunakan. Kebanyakkan ikon hasil dari pencarian agak menarik dan sesuai untuk digunakan di dalam laman web modern. Namun untuk mengetahui lesen penggunaan, anda perlu pergi ke halaman maklumat ikon.

searchicon_400searchicon_400Searchicon.net: Mempunyai banyak inventori ikon yang boleh anda pilih, namun susunan kategori agak tidak kemas di mana ikon-ikon yang tidak berkaitan kekadang tersenarai di dalam kata kunci yang tidak betul. Ia memaparan pautan muat turun, lesen penggunaan dan tag bagi setiap ikon namun tidak berfungsi sepenuhnya.

Icons-search.com: Pencarian ikon di laman web ini kekadang menghasilkan hasil pencarian yang agak tidak tepat. Namun, mungkin anda dapat menggunakannya untuk tujuan tertentu. iconsearch_400iconsearch_400

0 comments:

Post a Comment